![SERVIS IBADAH QADS [Qurban, Akikah, Dam, Sedekah, Badal Haji dll] SERVIS IBADAH QADS [Qurban, Akikah, Dam, Sedekah, Badal Haji dll]](https://mart.alhijaz.com.my/media/forms/1-aq_01-1623401599.png)
APA ITU KORBAN?
"Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?"
Rasulullah saw menjawab: "Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim."
Mereka berkata: "Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?"
Rasulullah saw menjawab: "Bagi setiap helai rambut satu kebajikan."
Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?"
Rasulullah saw menjawab: "Bagi setiap helai bulu satu kebajikan."
[Hadith Riwayat Ibnu Majah}
IBADAH KORBAN AMALAN YANG DICINTAI ALLAH SWT PADA HARI EIDUL
ADHA.
“Tidaklah pada hari Nahar (Aidil Adha) manusia beramal suatu amalan yang lebih dicintai oleh Allah daripada mengalirkan darah daripada haiwan korban. Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kuku haiwan korban itu. Dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum titisan darah itu jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
Riwayat al-Tirmizi (1493), Ibn Majah (3126), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (19015); Syu’ab al-Iman (7333) dan Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/411). Imam al-Tirmizi menghukumkan hadith ini sebagai hasan gharib.
IBADAH KORBAN ADALAH SANGAT DITUNTUT sehingga….
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Siapa yang memperoleh kelapangan dan kemampuan untuk berkorban dan dia tidak mahu berkorban, maka janganlah hadir di lapangan kami (untuk solat eid)."
(Riwayat Ahmad, Darul Qutni, Baihaqi dan al Hakim)
IBADAH KORBAN ADALAH MEDIUM UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH….
Ibadat korban disyariatkan sebagai tanda bersyukur terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya dan menjadi salah satu ukuran takwa seorang hamba kepada yang Maha Esa.
.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27)
.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya."
(Surah al-Hajj, ayat 37)
IBADAH KORBAN ADALAH UNTUK PENYUCIAN JIWA
Sabda Rasulullah SAW:
“Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu.”
(HR Bukhari)
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
(HR At-Tirmidzi)
APAKAH PERANAN KAMI?
Menjadi pemudah cara bagi Umat Islam untuk melaksanakan ibadah di Mekah.
Alhamdulillah dari tahun 2008 kami uruskan Ibadah Korban ini di Tanah Suci, dari sembelihan sehinggalah pembahagian daging Korban kepada asnaf dan mereka yang memerlukan.
SETIAP SEMBELIHAN AKAN DISEDIAKAN VIDEO/GAMBAR BUAT RUJUKAN
(BAGI IBADAH KORBAN HANYA SECARA UMUM KERANA JUMLAH YANG BANYAK PADA HARI-HARI PERLAKSANAAN)
BANTUAN PENGURUSAN IBADAH LAIN
IKUTI LIVE KAMI DI:
YOUTUBE: Mursyid Alharamain
PENDAFTARAN BADAL HAJI
BAKAL DITUTUP PADA
15 MEI 2025 [KHAMIS]
12 TENGAHARI
PENDAFTARAN KORBAN LUAR NEGARA
BAKAL DITUTUP PADA
6 JUN 2025 [JUMAAT]
12 TENGAH MALAM
PENDAFTARAN SEDEKAH & KORBAN MALAYSIA
BAKAL DITUTUP PADA
8 JUN 2025 [AHAD]
MARILAH KITA MENYEMAI BENIH PAHALA,
SEMOGA TUAIAN DIRAIH DI SYURGA.