AKUAN PELANGGAN & LAFAZ AKAD WAKALAH
Saya, ____________________________ (nama wakil) dengan ini bersetuju dan mengesahkan bahawa:
1. Lafaz Akad Wakalah
Saya mewakilkan kepada Mursyid Alharamain Travel & Tours untuk mengurus dan melaksanakan ibadah:
Badal Haji / Korban / Akikah / Dam / Sadaqah / Nazar (pilih yang berkenaan)
bagi pihak ____________________________ (nama penerima) kerana Allah Ta‘ala.
Saya melantik pihak syarikat sebagai wakil yang sah untuk melaksanakan ibadah ini dengan penuh amanah dan mengikut ketetapan syarak.
2. Penerimaan Wakalah
Kami, Mursyid Alharamain Travel & Tours, dengan ini menerima perwakilan tersebut dan akan melaksanakan ibadah yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab kerana Allah SWT serta mematuhi hukum syariah.
3. Akuan Pelaksanaan Ibadah
Saya memahami dan bersetuju bahawa:
a. Bukti pelaksanaan (video/gambar) akan disediakan bagi ibadah Akikah, Dam dan Sadaqah yang dilaksanakan di luar hari-hari Tasyrik, tertakluk kepada keadaan dan kapasiti semasa.
b. Bagi ibadah
Korban pada hari-hari Tasyrik , bukti pelaksanaan secara individu
tidak dapat disediakan berikutan jumlah sembelihan yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, pihak syarikat akan memberikan
kemas kini pelaksanaan secara umum di
Laman Sosial Media & makluman email sebagai tanda bahawa ibadah telah disempurnakan.
c.
Badal Haji akan dilaksanakan oleh wakil yang
memenuhi syarat syarak , termasuk telah menunaikan haji bagi diri sendiri. Bukti pelaksanaan adalah dalam bentuk kemas kini pelaksanaan secara umum di
Laman Sosial Media & makluman email dan
pengesahan umum/sijil pelaksanaan sahaja.
4. Persetujuan & Pengesahan
Saya dengan ini:
Bersetuju dengan semua terma wakalah dan pelaksanaan ibadah Memahami proses pelaksanaan dan penyediaan bukti Menyerahkan urusan ini sepenuhnya kepada pihak syarikat kerana Allah SWT