IBADAH KORBAN AMALAN YANG DICINTAI
ALLAH SWT PADA HARI EIDUL ADHA.
“Tidaklah pada hari Nahar (Aidil Adha) manusia
beramal suatu amalan yang lebih dicintai oleh Allah daripada mengalirkan darah
daripada haiwan korban. Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan
tanduk, bulu dan kuku haiwan korban itu. Dan sesungguhnya darah tersebut akan
sampai kepada redha Allah SWT sebelum titisan darah itu jatuh ke bumi. Maka,
bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
Riwayat al-Tirmizi (1493), Ibn Majah (3126),
al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (19015); Syu’ab al-Iman (7333) dan Ibn
Hibban dalam al-Majruhin (2/411). Imam al-Tirmizi menghukumkan hadith ini
sebagai hasan gharib.
IBADAH KORBAN ADALAH SANGAT DITUNTUT
sehingga….
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Siapa yang
memperoleh kelapangan dan kemampuan untuk berkorban dan dia tidak mahu
berkorban, maka janganlah hadir di lapangan kami (untuk solat eid)."
(Riwayat Ahmad, Darul Qutni, Baihaqi dan al Hakim)
IBADAH KORBAN ADALAH MEDIUM UNTUK
MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH….
Ibadat korban disyariatkan sebagai tanda bersyukur
terhadap Allah SWT atas segala nikmat-Nya dan menjadi salah satu ukuran takwa
seorang hamba kepada yang Maha Esa.
.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang yang
bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27)
.
Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Daging unta
dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi
ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya."
(Surah al-Hajj, ayat 37)
IBADAH KORBAN ADALAH UNTUK PENYUCIAN
JIWA
Sabda Rasulullah SAW:
“Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku
khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang
kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu
kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan
binasanya umat terdahulu.”
(HR Bukhari)
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum
mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya,
tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.”
(HR At-Tirmidzi)
APAKAH PERANAN KAMI?
Menjadi pemudah cara bagi Umat Islam untuk melaksanakan ibadah di Mekah.
Alhamdulillah dari tahun 2008 kami uruskan Ibadah
Korban ini di Tanah Suci, dari sembelihan sehinggalah pembahagian daging Korban
kepada asnaf dan mereka yang memerlukan.
SETIAP SEMBELIHAN AKAN DISEDIAKAN
VIDEO/GAMBAR BUAT RUJUKAN
(BAGI IBADAH KORBAN HANYA SECARA UMUM
KERANA JUMLAH YANG BANYAK PADA HARI-HARI PERLAKSANAAN)
BANTUAN PENGURUSAN IBADAH LAIN
IKUTI
LIVE KAMI DI:
YOUTUBE: Mursyid Alharamain
PENDAFTARAN BADAL HAJI
BAKAL DITUTUP PADA
10 JUN 2024 [ISNIN]
12 TENGAHARI
PENDAFTARAN KORBAN LUAR NEGARA
BAKAL DITUTUP PADA
16 JUN 2024 [AHAD]
12 TENGAH MALAM
PENDAFTARAN SEDEKAH & KORBAN MALAYSIA
BAKAL DITUTUP PADA
18 JUN 2024 [SELASA-12 TENGAHARI]
MARILAH KITA MENYEMAI BENIH PAHALA,
SEMOGA TUAIAN DIRAIH DI SYURGA.