MENGHAYATI SUNNAH
AQIQAH TANDA SYUKUR ATAS KELAHIRAN
Hukum aqiqah adalah
sunat muakkadah bagi yang berkemampuan. Asal pensyariatannya adalah berdasarkan
sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ
فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى
Maksudnya: “Bersama-sama
kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya
dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.
Riwayat al-Bukhari
(2839)
GALAKAN MELAKUKAN
AQIQAH
Sabda Baginda SAW
daripada Samurah RA:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ
يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: “Bayi
itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh
kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
Riwayat Abu Daud
(1522)
Hadis-hadis ini
menekankan pentingnya melakukan aqiqah sebagai ungkapan syukur kepada Allah
atas anugerah kelahiran seorang anak . Dengan melaksanakan aqiqah, ibu bapa
menunjukkan rasa syukur sambil memberikan doa dan harapan terbaik untuk masa
depan anak mereka.
ANAK LELAKI 2 EKOR KAMBING & ANAK PEREMPUAN SEEKOR KAMBING
Sabda Nabi SAW :
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ
أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ
وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: “Sesiapa
yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah
ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula
seekor kambing”.
Riwayat Abu Daud
(2842)
Hadis ini menegaskan
betapa pentingnya aqiqah sebagai amalan sunnah dalam Islam, di mana terdapat
ketentuan jumlah haiwan yang berbeza untuk anak lelaki dan anak perempuan.
Aqiqah bukan sahaja merupakan tanda syukur kepada Allah atas kelahiran anak,
tetapi juga memiliki nilai-nilai sosial yang mendekatkan hubungan antara
keluarga dan masyarakat.
IBADAH SUNAT
MUAKKAD YANG SANGAT BEERTI BAGI KELUARGA
Aqiqah adalah ibadah
sunat muakkad yang sangat bererti bagi setiap keluarga yang baru menyambut
kelahiran. Sebagai tanda syukur atas anugerah ini, aqiqah mengandungi pelbagai
kebaikan dan makna mendalam, seperti yang diajarkan oleh Nabi SAW. Dengan
menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak
perempuan pada hari ketujuh kelahiran, kita bukan sahaja mengikuti sunnah
Rasulullah, tetapi juga berusaha membersihkan diri dan keluarga daripada segala
kekotoran. Amalan ini mencerminkan rasa syukur kepada Allah atas anugerah
kelahiran dan mengukuhkan ikatan keluarga serta komuniti. Melaksanakan aqiqah
adalah cara yang sempurna untuk merayakan kehadiran si kecil dan mengeratkan
ikatan keluarga dalam suasana penuh keberkatan. Mari kita laksanakan sunnah ini
dan sambutlah kelahiran dengan hati yang penuh syukur!
APAKAH PERANAN
KAMI?
Menjadi pemudah
cara bagi Umat Islam untuk melaksanakan ibadah di Mekah.
Alhamdulillah dari
tahun 2008 kami uruskan Ibadah Akikah & Korban ini di Tanah Suci, dari
sembelihan sehinggalah pembahagian daging Akikah & Korban kepada asnaf dan
mereka yang memerlukan.
SETIAP SEMBELIHAN AKAN DISEDIAKAN VIDEO/GAMBAR BUAT RUJUKAN
(BAGI IBADAH
KORBAN HANYA SECARA UMUM KERANA JUMLAH YANG BANYAK PADA HARI-HARI PERLAKSANAAN)
BANTUAN PENGURUSAN
IBADAH LAIN
IKUTI LIVE KAMI
DI:
YOUTUBE: Mursyid
Alharamain